Thursday, June 25, 2009

"Hantu Durian" tertangkap..

Akhir-akhir ni perasan x bile kite g pasar2, kedai2 buah byk tul lambakan buah2 tmpatan..ada rmbutan, mnggis, mangga, ciku..tp buah2 ni sume ttp xleh lwn raja buah---> Yang Amat Mulia Raja Durian..

DURIAN,
bkn sj elok pd rupe, elk jg pd rasa tp plg brk tang baunye..oo pning oi..One(student attchment dr Indon) kata,"waduh bikin pusing ya baunya.."




DURIAN,
br2 ni prof dgn nuar sggp trn pontian (tmpt tggl Mr Durian-->hehe) utk blanjo ktorg 1 lab..wui mmg banyok, plbgai rs siap ada 'bskut durian' skli..cayala prof..




DURIAN,
ms nila kami tertngkap hantu durian..wuiyo...beso xla beso mn..seram?xla seram mn sbb die kt die kiut..hehe..Mari ikuti gmbo2 bukti menunjukkan 'Hantu Durian' tgh melantak durian..




--> tkg kopek kulit durian..die ni dok kopek je, br bkk skt klit durian tu 'hantu durian' dh serang..





--> atr muke2 yg tpksa brsaing dgn 'hantu durian' wktu mkn drian..




--> faiz tpksa mnglah je lps 'hantu durian' berebut dgn die nk mkn durian pertama yg dikopek nuar..






--> mm korg tgkla ni, 'hantu durian' bgitu bersemangat menikmati durian..hehehe

p/s jgn mare eh cik tim, ni kite wat blog khusus utk tim ni..akhr kata 'Mari makan buah durian..'~pesanan ini bkn utk en. yusuf..hehe

Tuesday, June 16, 2009

Anuar Tidak Sendiri Lagi???-2nd

Isnin, 150609;

pagi ni lab mcm biase jer cerianyer..tp dh trdgr gosip2 kcl..

kkaizi: eh intan tul ke nuar dh jmp bdk pomp yg ayah die knlkan?
intan: nth xtau.kn tggu nuar dtg dl br leh tau tul2..
kkaizi: eh tul x ni?ee grm aku bdk ni, main2 tau..
intan: tulla, aritu ziha yg ckp ayah nua srh die blk nk bwk mnntu..
kkaizi: tul eh intan ko jgn main2..

ziha msk lab..

kkaizi: tul ke ziha, nuar jmp pomp yg ayah die knlkn..
ziha: no komen..

akmal & nuar msk lab..

kkaizi: nuar ko dh jmp ke pomp tu?cmner lawa x?
nuar: hehe..no komen.
kkaizi: nuar ckpla, berahsia sgt eh dgn org..
nuar: hehe

...............................................................................................................

intan: akmal tul x, nuar jmp bdk pomp tu?
akmal: no komen..

semua org yg terlibat xnak beri sbrg komen. so mnjelang tghari perasaan nak tau smkn membuak2..


muke nuar wktu ditny mngenai gosip. jwpn die no komen!

nuar mcm tgh bergayut dgn someone..mmg mnimbulkan spekulasi..


intan: ziha tul ke nuar dh jmp orgnyer?
ziha: ha'ah siap dh bwk jln2 lagi tu..*
intan: yeke? kr tul2 la ni nuar eh?
nuar: aku xtaula ni sume family yg atur..*
intan: wa nuar! kitorg knl x bdk tu? bdk utm ke?
ziha: ada yg knl kot..*
intan, kkaizi, tim & bbrp lg org yg ada kt lab wktu tu: sape? sape? nm die sape?
intan: kasi klu ziha..
ziha: mula hrf M, pstu A..*
intan, kkaizi, tim & bbrp lg org yg ada kt lab wktu tu: mas, mon, masmona, maimon,minah..
intan: klu lain ziha?
ziha: xde hrf I..*

puas ktorg meneka xde sorg pn dpt teka yg sbnr..sampaila faiz msk lab & memechkan kbuntuan ktorg..diperkenalkan makwe nuar...gmbo di bawah adalah gmbo2 mkwe nuar hasil terjah..haha

.........................................................................................................................






nmpknye kl ni penyiasatan gagal lg..spttnyer dh leh teka dh drp hint2* yg org2 brkenaan kasi..huhu

Monday, June 15, 2009

Anuar Tidak Sendiri Lagi???

suatu ptg terdengar perbualan atr Nuar & Ziha;

Nuar: aku dh bl tiket tp bpk aku srh blk naik keta..
Ziha: la burn jela tket ko tu..
Nuar: tu arr..nape nth bpk aku srh blk naik keta..
Ziha: ha bpk ko ada plan aper tu?
Nuar: ntah bpk aku kata bwk blk keta nak bwk menantu..
Ziha: uik??ha ntah2 tul x instinct aku nuar..
Intan: ha tul ke nuar? ko blk nk jmp pomp yg bpk ko knlkn?

JENG..JENG..JENG...

tul ke lelaki solo lab kite tidak sendiri lagi?mgknkah lps ni dh xleh main bowling lagi dgn nuar?dh xleh usik2?dh xleh gosip2 lagi?mgknkah...

kenangan nuar di zaman solonya..

Thursday, June 11, 2009

Di satu conference itu....

Kami menyertai satu conference pada 2-4 Jun 2009 yang lepas. Urm..Walaupun jadualnya hanya 3-4 Jun..Whatever..Kami menampal poster pada petang 2 Jun. Sebelum menampal, pendaftaran dilakukan dengan serabut sekali. Pengurusan macam mana ni? Kami perlu mengingati no pendaftaran? Haha..Kan lebih mudah jika hanya menyebut nama dan carian dilakukan dalam database anda? Tolonglah..Betul ke international conference ni?

Hal itu boleh dilupakan dengan mudah setelah pergi berjalan-jalan di kota raya. Kemal nak cari seluar yang sesuai untuk oral presentation..Aza nak survey baju tunang katanya..

Keesokan harinya(3 Jun), kami menghadiri oral presentation K.Iza dan Kemal . Pengurusan masa yang teruk. Kenapalah tiada masa senggang langsung antara talk. 5min cukup untuk memberi masa peserta conference bertukar bilik, berehat otak, pergi ke tandas dsb. Apa yang terjadi, lambatlah sesi dimulakan..Haihhh..

Petangnya, sesi poster presentation. Haa..Ni lagi sakit hati.. Tiada siapa yang nak tengok poster kami. TIADA. Kami bersengkang mata dan mengeluarkan duit untuk menyediakan poster yang terbaik. Ada beberapa orang juri hanya lalu di hadapan poster kami dan jeling-jeling saja. Huh! Nasib baik minum petang sedap tau. Eh, ada kaitan ke?Huhu. Kami menunggu selama 2 jam sampai terduduk bawah poster. Ni buktinya...haha.

Malamnya, dinner. Makan-makan time!!! HUUU.. shark fin soup, fried chicken, prawn butter, dan banyak lagi. Persembahan dari Yayasan Warisan Johor sepanjang majlis tu memang superb.. Kebengangan kami siang tadi sedikit sebanyak terubat. Habis je majlis, apa lagi sesi buat publisiti atas stage. Ahaks.. Memang LAB ATAS BUKIT SUKA PUBLISITI. Heeee.






Hari terakhir(4 Jun), oral presentation diteruskan. Pada petangnya, majlis penutup diadakan. Penyampaian poster terbaik dilakukan. Amatlah tidak pelik lab kami tiada seorang wakil pun yang menang. Dengarnya, masa penilaian poster, juri biologi sibuk uruskan hal lain dan pihak pengurusan conference terlepas pandang hal tersebut tidak menggantikan dengan juri lain. Mereka sedar apabila peserta sudah menurunkan poster. Patutlah tiada siapa yang nak nilai poster kami! Pemenang poster biologi?Urmmmm...Lu pikir sendiri!

Aku amat berharap agar pihak tersebut menilai semula dan memperbaiki segala kelemahan. Aku rasa banyak untuk disenaraikan...

Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk dan lemah itu datangnya dari diriku sendiri..

Tuesday, June 9, 2009

Rombongan Persampelan Microbes

Alkisah pada suatu hari yang cerah redup2 xnak ujan, bertitahlah Sultan Lab Atas Bukit;

" Mamak bendahara, bila berangkatnya rombongan untuk persampelan thermophilic microbes yang telah kita canangkan?"
Jawab Mamak Bendahara; "Bulan ke-5 hari ke-29 tuanku!". Sultan Lab Atas Bukit pun mengangguk-anggukkan kepala beserta kerutan di dahi. Apalah yang berada difikiran Sultan, hanya baginda yang tahu.

Arakian, pada pagi tanggal ke-29 itu, bersiap-siaplah rombongan persampelan microbes. Ketua hulubalang memeriksa pengangkutan mereka untuk menghindar sebarang kerosakan di pertengahan jalan kelak. Dayang-dayang & hamba sahaya melihat-lihat kapal besar yang bakal menghantar rombongan sultan itu. Hatta, berangkatlah rombongan tersebut.
Setelah beberapa lama belayar, berhentilah rombongan di UPM untuk berehat dan santap. Kemudian mereka meneruskan pelayaran ke tempat tujuan yang pertama; Batu Caves Selayang. Terkejut bukan kepalang lagi ahli rombongan melihat anak tangga untuk mendaki Batu Caves itu sangatlah tinggi adanya. Di situ Mamak Bendahara, Tun Laksamana dan Orang Kaya Di Hilir segera mengumpulkan microbes yang mungkin alkaliphilik di batu-batu gua.


Tempat tujuan kedua adalah kolam air panas di Selayang. Demikian adanya, ahli rombongan berharap mereka dapat menjumpai sebarang thermophilic microbes di situ.



Sementelah itu, rombongan meneruskan perjalanan ke tempat tujuan ketiga. Tempat tersebut adalah Kolam Air Panas Hulu Tamu. Adapun di situ sempatlah mereka bermandi-manda membuang keringat berpenat lelah sepanjang hari. Pada malam itu, mereka semua bermalam di Amber Stone, Ulu Yam.







Keesokan harinya, rombongan bersiap sedia bertolak ke Sungai Klah, Slim River. Selain me'nyampling', ahli rombongan sempatlah menjamu perut dengan telur hasil didihan air panas di situ. Demikian dengan itu, rombongan sampling berakhir di Kuala Woh yang menpunyai sungai beraliran deras.











Pada malam harinya, ahli rombongan telah berjumpa dengan Sultan dan baginda bersama ahli rombongan sempat melepak di Menara Condong Teluk Intan. Rupa-rupanya telah menjadi kebiasaan orang-orang di Teluk Intan dan orang-orang disekitarnya melepak-lepak di kawasan Menara Condong sambil menikmati angin malam.









Pada hari terakhir perjalanan, ahli rombongan dijemput baginda Sultan menyertai kenduri perkahwinan di kediaman saudaranya sebelum mereka bertolak pulang.



Watak-watak (hanya untuk hiburan semata-mata, jgn mrh arr):

Sultan Atas Bukit = Prof. Dr. Rosli
Memanda Menteri = Dr. Nik
Ketua Hulubalang = En. Yaakop
Mamak Bendahara = Nuar
Tun Laksamana = Kheng Oon
Orang Kaya DiHilir = Kemal