Tuesday, July 5, 2011

Sweet Escape at Tioman Island

hi, assalamualaikum semua..

Program: Sweet Escape ke Tioman Island
Tarikh: 2-4 Julai 2011 (3 hari, 2 malam)
Tempat: Tioman Paya Resort, Pulau Tioman, Pahang, Malaysia
Peserta: 14 orang warga Lab Atas Bukit (L.A.B)
Objektif: Menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan/ mengeratkan hubungan silaturahim warga lab/ melarikan diri dari kesibukan kota/lab.;)
*Sila datang dengan senyuman dan pulang dengan seribu kenangan-abbas:)

DAY 1: Jungle trekking
bertolak dari JB ke jeti Mersing.
kepada yang telah menelan pil mabuk laut setengah jam sebelum bertolak, kesan pil terlebih dahulu dirasai ketika masih di darat lagi. kesannya, ada antara peserta yang pening dan mengantuk.

orait, lets the pictures tell you our story ya..

Gambar ketika di jeti Mersing dan ketika sampai di jeti Tioman Paya Resort. Menaiki feri Bistari 1. Mengambil masa 1 jam perjalanan untuk tiba ke destinasi. Tiada yang mabuk laut^^


Petang, aktiviti pertama-jungle trekking.. tiada org yang tunjukkan jalan. Pandai2 sendiri cari jalan dalam hutan tu..bernasib baik tidak sesat seperti yang pernah berlaku sebelum ni..(mencari telaga 7 di Langkawi;)) jangan marah kepada yang terlibat ye..:D


Orang kata, kalau pergi oversea harus ada gambar seperti ini-melompat di udara. Pergi Tioman kira over the sea juga la kn. Hiks;)


Pre-snorkeling..akibat excited nak snorkeling, semua orang dapat saguhati lepas balik petang tu. Kaki luka2, sampaikan terpaksa beli tambahan plaster walaupun sudah bawa first aid kit.


Ha..inilah tempat kiteorang pre-snorkeling. Yang berbatu-batu tu adalah keadaan selepas air surut. Mana tidaknya kaki dapat luka2. Hu.. T_T (actually,tempat ni memang tiada orang snorkeling dan ia bukan tempat untuk snorkeling pun).


Malamnya, selepas dinner bermain teka lirik sambil menghirup udara nyaman di tepi pantai. Peluang menonjolkan bakat nyanyian dan lakonan. haha. Sweeeeet..^^

DAY 2: Taman Laut/BBQ
Hari kedua adalah hari yang ditunggu..
Jelajah pulau menaiki bot nelayan..n snorkling yang sebenar!
But first, we need to buy some food (roti) to feed our 'friends' nanti..
Then, kami diturunkan di tempat beli belah-duti free..shopping souvenir: baju, keychain, magnet, chocs etc sebelum diterjunkan ke laut..hehe

Harga barang murah sedikit berbanding harga kedai biasa (am i right?) tapi ada yang kata, tpt duti free di Langkawi lagi murah berbanding di sini.

Nak dijadikan cerita, ada yang bawa RM10 je..kononnya hanya nak beli makanan untuk ikan. Terpaksa la membeli sambil 'mengukur baju di badan sendiri' haha. *bernasib baik ada yang bawa duit lebih tapi bukan jenis kaki shopping. so, pinjam dengan mereka da bole..:)


13 orang kiteorang plus 2 orang driver bot. Menikmati indahnya alam ciptaan Tuhan..


Snorkeling is great! Jumpa Nemo dan kawan2 di taman laut...:)


Pulau Renggis yang comel. 'Sin Island' dalam kenangan (fact: there are no such 'sin island' at tioman. it's just a name given by me. pls don't confuse and think bad 'bout it).


Taman Laut..heaven!


DSC TX5- i ❤ it;)
Macam iklan twister pun ada jugak.. jangan silap ye, ikan tak minum air twister, tapi mkn roti yang ada kt dalam tu..


Malamnya, masa untuk ber'bbQ'..ayam, sotong, udang, ikan..semuanya segar. yummy2..


Acara tukar hadiah. Masing2 bermuka ceria dengan hadiah daripada pemberi misteri;) Nice!


DAY 3: Last day

Masa untuk pulang. Menunggu feri yang tak kunjung tiba. Selamat sampai ke tanah besar jam 3 ptg waktu Malaysia:)


Alhamdulilllah. Selamat pergi dan pulang semula. Amazing holiday ever with labmates.
Trip to Tioman-memang berbaloi. ;)

Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose -quote-

Looking forward for the next Sweet escape II. Maybe our reunion of LabAtasBukit?:)
With lots of love:❤❤❤