Friday, December 14, 2012

Convocations!!

Hi, assalamualaikum..

Tiba-tiba rasa nk singgah jenguk L.A.B. yang semakin menyepi..

Maklum je lah..kebanyakan generasi awal semasa penubuhan labatasbukit.blogspot sudah melalui fasa hidup yang seterusnya, setelah menamatkan pengajian masing-masing.

Yang dulunya student Master, kini menyambung pengajian di peringkat PhD.

Yang dulunya student yang comot kini sudah berjaya bergelar Doctor of Philosophy.

Yang telah tamat PhD, menjadi post-doc pula.

Yang dulunya single mingle kini sudah berdua/bekeluarga sendiri, malah tidak kurangnya sudah bertiga (plus the babies^^)..

Ada juga yang sudah bekerjaya dan menjadi staff kesayangan majikan ;) ..

Alhamdulillah.

Yepp..seperti ulat bulu yang menjadi rama-rama, kita juga akan melepasi beberapa fasa dalam hidup.


Sebenarnya, nak cerita tentang konvokesyen..tapi intro terlebih.haha

Baiklah, ini gambar konvo yang dah lama tersimpan dah tumbuh kulapuk roti baru nak update..


From left: Dr. Anuar, Yusuf, Prof. Dr. Rosli, Hakimi, Dr. Aizi, Faizah, Izawati, Rabi'atul, Hasmaliana, Hafizah, 2012.

Prof. tersenyum happy dengan gelaran Datuk yang diterima^^

Geramnya..tembam sangat! Baby Irfan..=)

Our big family..love uolls!


p/s mungkin gambar di atas L.A.B perlu dikemaskini dengan generasi baru L.A.B yang ada sekarang ni.
Semoga momento L.A.B dan ikatan sesama kita ibarat double bond yang utuh dan tidak terpisah dek jarak dan waktu. Keep in touch!
(monolog sendiri: si penulis yang masih 'setia' di lab atas bukit..sigh ^^")