Tuesday, June 9, 2009

Rombongan Persampelan Microbes

Alkisah pada suatu hari yang cerah redup2 xnak ujan, bertitahlah Sultan Lab Atas Bukit;

" Mamak bendahara, bila berangkatnya rombongan untuk persampelan thermophilic microbes yang telah kita canangkan?"
Jawab Mamak Bendahara; "Bulan ke-5 hari ke-29 tuanku!". Sultan Lab Atas Bukit pun mengangguk-anggukkan kepala beserta kerutan di dahi. Apalah yang berada difikiran Sultan, hanya baginda yang tahu.

Arakian, pada pagi tanggal ke-29 itu, bersiap-siaplah rombongan persampelan microbes. Ketua hulubalang memeriksa pengangkutan mereka untuk menghindar sebarang kerosakan di pertengahan jalan kelak. Dayang-dayang & hamba sahaya melihat-lihat kapal besar yang bakal menghantar rombongan sultan itu. Hatta, berangkatlah rombongan tersebut.
Setelah beberapa lama belayar, berhentilah rombongan di UPM untuk berehat dan santap. Kemudian mereka meneruskan pelayaran ke tempat tujuan yang pertama; Batu Caves Selayang. Terkejut bukan kepalang lagi ahli rombongan melihat anak tangga untuk mendaki Batu Caves itu sangatlah tinggi adanya. Di situ Mamak Bendahara, Tun Laksamana dan Orang Kaya Di Hilir segera mengumpulkan microbes yang mungkin alkaliphilik di batu-batu gua.


Tempat tujuan kedua adalah kolam air panas di Selayang. Demikian adanya, ahli rombongan berharap mereka dapat menjumpai sebarang thermophilic microbes di situ.



Sementelah itu, rombongan meneruskan perjalanan ke tempat tujuan ketiga. Tempat tersebut adalah Kolam Air Panas Hulu Tamu. Adapun di situ sempatlah mereka bermandi-manda membuang keringat berpenat lelah sepanjang hari. Pada malam itu, mereka semua bermalam di Amber Stone, Ulu Yam.







Keesokan harinya, rombongan bersiap sedia bertolak ke Sungai Klah, Slim River. Selain me'nyampling', ahli rombongan sempatlah menjamu perut dengan telur hasil didihan air panas di situ. Demikian dengan itu, rombongan sampling berakhir di Kuala Woh yang menpunyai sungai beraliran deras.











Pada malam harinya, ahli rombongan telah berjumpa dengan Sultan dan baginda bersama ahli rombongan sempat melepak di Menara Condong Teluk Intan. Rupa-rupanya telah menjadi kebiasaan orang-orang di Teluk Intan dan orang-orang disekitarnya melepak-lepak di kawasan Menara Condong sambil menikmati angin malam.









Pada hari terakhir perjalanan, ahli rombongan dijemput baginda Sultan menyertai kenduri perkahwinan di kediaman saudaranya sebelum mereka bertolak pulang.



Watak-watak (hanya untuk hiburan semata-mata, jgn mrh arr):

Sultan Atas Bukit = Prof. Dr. Rosli
Memanda Menteri = Dr. Nik
Ketua Hulubalang = En. Yaakop
Mamak Bendahara = Nuar
Tun Laksamana = Kheng Oon
Orang Kaya DiHilir = Kemal

7 comments:

k.lactis said...

berbangga kte selaku rakyat jelata lab atas bukit!!korang mmg adventurer la..:D..best2..cantik la tempat2 nih..gambar2 sume2(tun bendahara da perasan la tu)..to diamond yg bhempaspulas mnaip n m'upload gamba utk ceritera ni,u r d best..hehe..mne karya leader blogger nih..tunggu gak:D

yusufx said...

btol2... best btol hasil nukilan hamba sahaya sultan bernama intan diana ini..... hehehe
keep up the good work :)

diamond said...

ha ha..tq ats support tu.. tkt gak ceritera mnjd sdkt kepoyoan tp demi mncpta kelainan try gkla..mmg pnt nak wat 2ari br siap..hai xsiap lab work..hihi

ف wildchild ۞ said...

haha. menarik sungguh cara penulisan ;p

pasni buat ala ala report pulak :p

aza best said...

intan mmg bbakat dlm bkarya..bgus2..adakah hasil dr phayatan pbacaan conan tiap ari??hehe..best la crita ko.. =)

MATAHARI said...

comel lak sultan kte pakai jersi.hahaks..

Bobbaphatt said...

wahai sikgu bahasa usop tolong lah komen diorangnnya tatabahasa banyak salah