Saturday, March 23, 2013

Sweet Escape (2) at Langkawi 2013 - Part 1

Hi, assalamualaikum..

Ini merupakan escape kedua kami, warga Labatasbukit ke sebuah lagi pulau di Malaysia.
Dua tahun lepas (2011), pulau Tioman berjaya ditakluk..kali ini geng bas sekolah Labatasbukit pergi ke Permata Kedah = Pulau Langkawi! Yuhuuu~

Alhamdulillah..tiket flight adalah tajaan Professor R yang baikhati lagi pemurah moga dimurahkan rezeki beliau lagi boleh taja next escape ke Pulau Sipadan pula..yeay! Ameen..ameen.

Untuk makluman, tiket flight sudah dibeli sejak hujung tahun 2012 lagi sementara Airasia ada promosi.
Asalnya, tiket JB-PNG one way is RM39 pada hari tertentu. Tapi we decided to stay for four days and three nights sebab Day 1 sudah burn tanpa aktiviti. Disebabkan jadual feri dan tiket feri ke Pulau Langkawi lebih kurang macam naik flight PNG-LGK, kami pun decided naik flight juga. So, kepenatan travel dapat dikurangkan.

Program: Sweet Escape ke Langkawi Island
Tarikh: 7 - 10 Mac 2013 (4 hari, 3 malam)
Tempat: Malibest Resort, Pantai Cenang, Langkawi, Kedah, Malaysia
Peserta: 10 orang warga Lab Atas Bukit (L.A.B)
Objektif: Mencari ilham, menikmati indahnya alam ciptaan Tuhan, mengeratkan hubungan silaturahim warga lab.
Motto: Sila datang dengan senyuman dan pulang dengan seribu kenangan:)

Day 1: Jusco Queensbay Penang, Malibest Resort.


Mendarat dengan selamat di bumi Penang.
Bertolak dari JB ke PNG 8.20am. Tiba 9.30 di airport Penang. Simpan bagasi kat airport sementara kami meronda bandar Penang (harga caj sewa letak beg selepas nego, RM70). Tak meronda sangat pun lah cuma ke Jusco Queensbay. Tengok citer Jack the Giant Slayer (jauh benor nengok wayangnya yaa).
 * Tips: susah nk dapat bas dr Jusco tu ke airport. So, ambil cab lagi senang. Kalau bernasib baik, kena caj RM20..kurang baik sikit, kena lah RM25.

10 orang semuanya + seorang lagi kesian tgh amik gmbr..hm, kalau cameraman-lab ada kn best..tak pun, kena hire cameraman luar bawa skali masa kita jalan2 ni.hehe. Tengah tunggu bas di luar airport PNG.
Flight ke LGK jam 4.30pm..sampai di airport LGK, menonong  terus ke kaunter kereta sewa. Pilih la mana  berkenan. Ada banyak pilihan agen kereta sewa dan kereta da ready kat luar airport pun.
Sewa vios and sentra sehingga kami balik ke JB, RM450. Ok kan? Siap dibekalkan dengan peta LGK.

Check in Malibest Resort. Sewa satu malam RM180 untuk double deluxe. Bilik agak spacious and comforter sangat lembut dan empuk..saya suka sangat-sangat^^. Ada ruang untuk solat yang cukup, berbanding penginapan kami di Tioman dulu kena solat atas katil. wuwuu.. Bilik girls ada connecting door..best best..:) Room service pun cepat dan efisyen.So, i recommend uolls datang sini.

Bilik gadis manis lagi ayu menawan dan jelita..^^ Ada aircond and kipas, tempat sangkut baju, peti ais, bath tub dan sofa.

Fig. 1
Fig. 2 Gambar ni bukan nak tunjuk ahli bilik, tapi nak beri overview pemandangan luar bilik tempat kami menginap ya..

Day 2: Makam Mahsuri, Underwaterworld, Oriental Village.
Abbas memang suka tempat sejarah. Adik-adik biasalah..sebagai kakak/abg2 kena pupuk minat terhadap sejarah di kalangan muda-mudi ni.

Inilah Abbas di Makam Mahsuri. Muka gembira bukan kepalang..da macam lawatan sambil belajar pulak..
Nak masuk bukan free ya..kena bayar RM7..haruslah, untuk biaya maintenance tempat ni. Jangan berkira sgt okey;)
Makam Mahsuri

Selesai meronda di Makam Mahsuri, kami ke Underwater world. Boleh rujuk jadual feeding time haiwan kat sana website underwater world. Bila kami datang around 11 am, ada staf staf sedang membersih tempat penguin dan beri makan. Comel sangat sangat sangat..! Rasa macam nak culik seekor penguin bawa balik tapi penguin tak survive suhu panas kat luar ni T_T sedih.

Underwater world. Nampak tak ikan yang anak panah kuning tu dikatakan 'mangsa fesyen'. Tapi warna dan coraknya cantik dan ia seolah-oleh ilham kepada jubah/kaftan yang sedang 'in' sekarang ni. :)
Oh, sebelum terlupa nak beritau tiket masuk untuk rombongan kak kiah bagi pelajar, RM22.
*Tips: Kad siswa atau matrik kad amatlah berguna untuk dibawa bagi tujuan lawatan seperti ini.

Lunch di warung sebelah jalan kemudian terus ke Oriental village di mana letaknya kereta kebal kabel yang menurut kak iza merupakan terpanjang di Asia (betulkan saya jka tersalah ya. *Punyalah malas nak cari info amik quote drp org lain je.lalalaa). On the way ke Oriental village, singgah di rumah api untuk bergambar kenangan.
Rumah api dan kapal mewah.


Tiba di Oriental village, solat jama' zuhur and asar. Ada surau disediakan. Beli tiket cable car RM15. Sila simpan dan jangan keluarkan kad pelajar kerana tidak bermakna apa-apa di sini harap maklum.
*Tips: kalau nak tengok sunset, datanglah petang-petang sikit..lepas asar ke.. kami tengok sunset kat dataran lang je..cantik juga sebab ada pantai untuk sesi photoshoot.:)


Ten of us. 10 sahaja yang berjaya melarikan diri. I love family potret^^ Gambar di puncak gunung. Angin nyaman sepoi-sepoi bahasa.

Kalau rasa nak stay lama kat atas ni (ada 2 perhentian), bawalah permainan sudoku ke..makanan nak berkelah ke..game truth/dare ke..novel ke..apa yang patutlah..boleh mengisi masa lapang. Masa kami pergi, jambatan gantung under maintenance. Rugi..rugi..rugi! Kena datang lagi nampaknya.. ;)

Ding dong ding dong..Day 3 and 4 sambung part 2 pula ok.
Mata da layu kuyu da..
tata! :)

6 comments:

hasmaLiana said...

kak faiz, kenapa update kat blog lama? skrg kan dah ada blog baru..ish3

far-east said...

tak jumpa sign in kat blog baru..

hasmaLiana said...

buka kat dashboard la..ke kimi x invite kak faiz jadi penulis lg?

life's keeps changing said...

comel je gaya penulisan paih.. xsabar nk tunggu next post ^^

Anonymous said...

Hello. And Bye.

Dewi Aja said...

Hello!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Dewi